Saturday, July 30, 2011

Ramadhan Al-Mubarak

  Daripada Abi Abdul Rahman Abdillah bin Umar bin al-Khattabr.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasullullah SAW bersabda:


   
   Maksudnya: "Islam itu didirikan atas lima perkara iaitu: Bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan hajike Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadhan."
                  (Riwayat al-Bukhari Kitad al-Imam no.8 dan Muslim Kitab al-Imam no.16)

Hadis ini menghuraikan mengenai rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh semua umat Islam. Dalam hadis ini ada menyebut 5 rukun Islam iaitu mengucap kalimah syahadah, memdirikan solat, keluarkan zakat, tunaikan haji dan puasa di bulan Ramadhan.

Rukun Imam ke-5 ialah: PUASA

Wajib berpuasa pada bulan ramadhan.Sesiapa yang mengingkari salah satu daripada rukun Islam tersebut maka dia bukan seorang Muslim berdasarkan ijmak ulama.

 Dalil-Dalil Berpuasa.
   
 "Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui"
                                                                          (Al-Baqarah:184)

Ali bin Abi Talib r.a berkata, "sewaktu Rasullullah SAW duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata," Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab."

  Lalu Rasulullah SAW bersabda "Silakan bertanya."

  Berkata orang yahudi,"Wahai Muhammad, terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa,"

  Sabda Rasullullah SAW," Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:


  1.  Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram)
  2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya
  3. Diberi oleh Allah sentiasa dekat dengannya
  4. Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga
  5. Diringankan baginya seksa kubur (seksa yang amat mengerikan)
  6. Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath
  7.  Allah SWT akan memberikan kemudian di syurga
Keutamaan Puasa Ramadhan:

  1. Mendapat Dua Kesenangan
"Setiap amal yang dilakukan anak adam adalah untuknya, dan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipatnya bahkan sampai tujuh ratus kali lipat. Allah Ta'ala berfirman, "kecuali puasa, itu untuk-Ku dan Aku yang langsung membalasnya. Ia telah meninggalkan syahwat, makan dan minumnya kerana-Ku.' Orang ang berpuasa mendapat dua kesenangan, iaitu kesenangan ketika berbuka dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi."- Shahih Al-Bukhari dan Muslim dan Abu Hurairah uahdiaallahu 'anhu.

      2. Taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah

      3. Syarat mendapat pahala puasa
          Di antara syarat untuk medapatkan pahala puasa, ialah agar berbuka puasa yang halal. Jika berbuka puasa dengan yang haram, maka ia termasuk orang yang menahan diri dari yang dihalalkan Allah dan memakan apa yang diharamkan Allah, maka dan tidak dikabulkan doanya.

      4. Mendapat pahala jihad.
      perlu diketahui bahawa orang kumkin pada bulan Ramadhan melakukan dua jihad, iaitu:
          A) Jihad untuk dirinya pada siang hari dengan puasa.
          B) Jihad pada malam hari dengan solat malam
      Barangsiapa yang memadukan kedua jihad ini, memenuhi segala hak-haknya dan bersabar terhadapnya, nescaya diberikan kepadanya pahala yang tidak terhitung.

Qiyam Ramadhan
Dalil: 

Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

" Barangsiapa mendirikan solat malam di bulan Ramdhan kerana iman dan mengharap pahala (dari Allah~nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu)"
                                                 (Hadits Muttafaq 'Alaih)

 Dari Abdurrahman bin Auf radhiallahu'anhu bahwasanya Rasullullah SAW menyebut bulan Ramadhan seraya bersabda maksudnya: 

" Sesungguh, Ramadhan adalah bulan yang diwajibkan Allah puasanya dan kusunatkan solat malamnya. Maka barangsiapa menjalankan puasa dan solat malam pada bulan itu kerana iman dan mengharap pahala, nescaya bebas dari dosa-dosa seperti saat ketika dilahirkan ibunya"



P/s:Saya berharap entri yang diberikan ini dapat menambahkan semangat kita untuk menunaikan puasa di bulan Ramadhan. Entri ini juga mengingatkan kita betapa pentingnya Puasa dan tergolong dalam salah satu rukun Islam. Sesungguhnya puasa itu wajib bagi semua umat Islam. Selain itu, kita dekatkan lah diri kta kepada Allah. tingkatkan Iman kita di bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan amal ibadat. Jadikanlah bulan ini sebagai detik perbahan kita dari buruk kepada baik dan dari baik kepada lebih baik. Wallahua'lam....


      

No comments:

Post a Comment