Wednesday, July 13, 2011

Halalnya Makanan Abu Hanifah

Pada suatu hari seorang sahabatnya mengajak Imam Abu Hanifah makan di rumahnya. Mereka memasak gulai ikan dengan hrapan ulama terbilang itu berselera memakannya. Tetapi Imam Abu Hanifah langsung tidak menyentuh gulai ikan itu.

   "Tuan, mengapa tidak memakan ikan ini? Bukankah ia halal dan berkhasiat?" tanya tuan rumah.

    "Saya menahan diri daripada memakan ikan selama 6 tahun. Hingga sekarang tempoh itu masih belum cukup," jawab Imam Abu Hanifah.

    " Mengapa tuan berbuat begitu?" tanya tuan rumah.

  Menurut Imam Abu Hanifah, beberapa tahun sebelum itu orang ramai kecoh kerana kehilangan kambing peliharaan mereka. Setiap hari ada sahaja kambing yang hilang. Pada suatu hari semasa dalam perjalanan  pulang ke rumah, Imam Abu Hanifah melalui sebuah kawasan belukar lalu terdengar suara orang sedang bergelak ketawa. Dia mengintai dari mana datangnya suara itu. Dilihat beberapa orang lelaki sedang menikmati daging kambing panggang. Kemudian sisa-sisa mekanan itu dibuang ke dalam sungai.

     Imam Abu Hanifah segera bertanya kepada seorang nelayan berapa lamakah umur seekor ikan sejak menetas dari telus ibunya. Jawab nelayan, selama enam tahun umur ikan itu. Lalu Imam Abu Hanifah menahan dirinya daripada memakan ikan selama enam tahun kerana takut termakan ikan yang termakan sisa-sisa makanan daripada pencuri kambing itu.


rujukan: Imam-Imam Yang Benar

No comments:

Post a Comment