Friday, July 29, 2011

Keakraban Imam Malik dan Imam Syafie

    Pada suatu hari dua ulama itu berbincang tiba-tiba datang seorang lelaki lalu Imam Syafie mencadangkan kebolehan masing-masing dengan ilmu firasat.

    "Pada firasat tuan, apakah peerjaan lelaki ini?" tanya Imam Syafie.

    "tukang besi,"jawab Imam Malik selepas membuat penelitian ke atas lelaki itu.

    "firasat saya mengatakan lelaki itu seorang peniaga," kata Imam Syafie pula.

    bagi memastikan firasat siapa yang benar maka mereka bertanya kepada lelaki itu apakah pekerjaannya.

    "Saya berniaga," jawab lelaki itu.
 
    "bukankah benar firasat saya?" kata Imam Syafie tersenyum.

     "apakah perjerjaan kamu sebelum kamu menjadi peniaga?"tanya Imam Malik pula seperti tidak mahu mengalah.

      "Tukang besi,"jawab lelaki itu.

      "Bukankah firasat syaa juga betul?" kata Imam Malik pula.

      "Sebenarnya tuan, saya berniaga besi, kerana itu firasat tuan berdua memang betul. Saya menjadi tukang besi dan saya juga memperniagakannya.," kata lelaki itu.

      Kemudian Imam Malik meminpin tangan Imam Syafie lalu membawanya berjalan-jalan di sekitar kawasan rumahnya. Selepas agak lama berjalan akhirnya mereka sampai ke kandang kuda. Di situ terdapat beberapa kuda.

     "Kuda-kuda ini adalah hadiah daripada khalifah Karun Ar-Rashid. Cuma seekor sahaja yang saya beli," kata Imam Malik.

      "Alangkah cantiknya kuda itu. Belum pernah saya melihat kuda secantik itu," kata Imam Syafie sambil menunjuk ke arah seekor kuda putih yang kelihatan bersih dan cantik.

     "Kuda itu saya hadiahkan kepada kamu," kata Imam Malik.

    Imam Syafie terkejut lalu berkata, "Saya tidak bermaksud mahu memintanya daripada tuan, kerana tuan yang lebih memerlukan kuda yang cantik itu daripada saya,"

       "Sejak kuda-kuda ini dihadiahkan oleh khalifah, saya belum pernah menunggangnya. Saya hadiahkan kepada kamu bagi memudahkan perjalanan kamu," kata Imam Malik bersungguh-sungguh.

       "mengapa tuan tidak mahu menunggangnya?" tanya Imam Syafie

       " Saya tidak sanggup menunggang kuda di atas bumi di mana tempat berehatnya Rasul kesayangn," jawab Imam Malik.

       "Sekiranya tuan tidak sanggup menunggangnya kerana menghormati jawab Rasullullah SAW, saya juga begitu," jawab Imam Syafie.


~ilmu itu cahaya.Ia tidak akan jinak kecuali hanya kepada hati yang takwa dan khusyuk~

No comments:

Post a Comment