Thursday, November 24, 2011

Agama itu Nasihat

Diriwayatkan daripada Abu Raqayyah Tamin bin Aus al-Dariy r.a, bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: "Agama itu nasihat. Kami bertanya: "untuk siapa?" Baginda menjawab: "Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin kaum Muslimin, dan bagi manusia umumnya."

                              (Riwayat Iman Ahmad no.16982, Muslim no.55 dan Abu Daud no.4944)

"Nasihat" bermaksud "segala hal yang baik". Dalam bahasa Arab tidak ada perkataan lain yang perngertiannya setara dengan perkataan 'nasihat'.

Sebagaimana yang disebut oleh para ulama bahasa Arab tentang kata "al-Fallah" yang tidak mempunyai padanan setara, yang mencakupi makna "kebaikan dunia dan akhirat"

Kalimah "agama itu nasihat" atau "agama adalah nasihat" bermaksud bahawa nasihat sebagai tiang agama.


Sebagaimana halnya sabda Nabi SAW yang bermaksud: " Haji adalah Arafah," yang bermaksud bahawa wuquf di Arafah adalah tiang dan bahagian terpenting dalam ibadah haji.

Menurut Iman Nawawi, nasihat itu wajib sekadar yang mampu dengan syarat seseorang itu mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima, suruhannya akan dipetuhi dan dirinya akan terancam.

Tanpa syarat ini tidaklah diwajibkan.

tentang pentadsiran kata "nasihat" dan berbagai cabangnya, al-Khathabi dan ulama-ulama lain mengatakan:


Nasihat untuk Allah:

  • beriman semata-mata kepada-Nya
  • menjauhkan diri daripada perbuatan syirik dalam iktikad dan ibadat
  • menjauhkan diri daripada sikap inkar terhadap suruhan-Nya.
  • mengagungkan Allah dengan sifat-sifat sempurna.
  • menyucikan-Nya daripada segala sifat kekurangan.
  • Mentaati-Nya
  • menjauhkan diri daripada perbuatan dosa.
  • mencintai dan membenci sesuatu semata-mata kerana-Nya
  • berjihad menghadapi musuh.
  • mengakui dan bersyukur atas semua nikmat-Nya
  • ikhlas dalam segala urusan.
  • Mengajak manusia melakukan segala perkara yang baik
  • bersikap lemah lembut kepada semua manusia
Al-Khathabi seterusnya berkata: "secara prinsipnya, kebaikan daripada sifat-sifat baik tersebut kembali kepada pelakunya sendiri, kerana Allah tidak memerlukan kebaikan daripada sesiapa pun."

Nasihat untuk Kitab-Nya
  • beriman dengan kitab-kitab-Nya
  • beramal mengikut petunjuk dan pengajarannya
  • dimuliakan dan ditinggikan kehormatannya
  • yakin pedomannya adalah panduan hidup untuk selamanya
  • menbaca ayatnya dengan cara yang betul
  • memahami maksud ayatnya
  • mencari rahsia dan memerhati hukumnya.
  • mendalami ilmu pengetahuan tentangnya
  • berubah untuk menyesuaikan diri dengan pengajarannya
Nasihat untuk Rasul-Nya

  • membenarkan kerasulan-Nya
  • mempercayai ajaran yang dibawanya
  • mematuhi suruhan dan meninggalkan larangannya
  • membela agamanya
  • memusuhi sesiapa yang melawannya
  • mencintai siapa yang mencintainya.
Nasihat untuk pemimpin kaum Muslimin
  • menolong dan menyokong mereka dalam perkara kebenaran dan keadilan
  • petuh kepada mereka dalam urusan kebaikan
  • tegur mereka dengan cara yang sopan
  • mengingati mereka ketika mereka lalai daripada kewajipan.
Nasihat untuk Manusia Umum
  • memimpin mereka ke jalan yang benar
  • mengawasi mereka daripada terjerumus ke jalan yang salah.
  • mengajar dan berlajar daripada mereka
  • saling tolong menolong sesama mereka
  • saling hormat menghormati
  • bersama-sama menjaga kemaslahatan hidup

Alhamdulillah....(^_^)