Wednesday, July 20, 2011

Imam Malik & cara pembelajarannya

Seperti biasa, Masjid Nabi sentiasa dikunjungi orang ramai bagi sembahyang berjemaah serta menziarahi makan Rasullullah. Pagi itu selesai sembahyang subuh, giliran Ibnu Syibab az-Zuhri memberi kuliah mengenai hadis. Imam Malik begitu tertarik hati mendengar lalu terbuka hatinya untuk berguru dengan Ibnu Syibab az-Zuhri.

     " Ibu, saya sudah memperlaji ilmu Quran dan ilmu fikah. saya mahu mempelajari ilmu hadis pula," kata Imam Malik kepada ibunya.

     " Ibu merestui cita-cita kamu itu. Di Madinah ini ramai guru yang mengajar  ilmu hadis. Siapakah yang menjadi pilihanmu?" tanya ibunya pula.

     " Ibnu Syibab az-Zuhri," jawab Imam Malik.

     " Segeralah menemuinya. Semoga dia berlapang hati menerima kamu sebagai anak muridnya," kata Aliyah dengan gembira.

   Petang itu selepas sembahyang asar, Imam Malik bertemu dengan Ibnu Syibab az_zuhri lalu menyatakan hasratnya mehu menuntut ilmu hadis.

    " menurut sahabatku Imam Abdul Rahman al-Rai, kamu sudah dapat menhafal Quran. Menurut Rabi'ah al-Rai pula kamu sudah dapat menguasai ilmu fikah. Apakah kamu masih tbelum berpuas hati dengan ilmu yang sudah kamu pelajari?" tanya Ibnu Syibab az-Zuhri.

    "Saya ingin mempelajari ilmu hadis pula. Sekiranya ilmu itu belum dipelajari, saya rasa hidup ini belum lengkap. Jadi saya mahu berguru dengan tuan. Terimalah saya sebagai anak murid tuan," jawab Imam Malik lalu menyatakan kesungguhan untuk mempelajari ilmu hadis.

    Melihat kesungguhan Imam Malik itu, Ibnu Syibab az-Zuhri tidak keberatan menerima permintaannya. Malah dia berasa gembira Imam Malik memilihnya menjadi gurunya. Keesokan harinya, Imam malik memulakan pembelajarannya. Tetapi dia datang dengan membawa seutas tali. Setiap kali memdengar gurunya membaca sebuah hadis, dia membuat satu simpulan pada tali itu bagi memudahkan dia mengingatinya. Perbuatan Imam Malik itu menimbulkan rasa hairan pelajar yang lain lalu mengadukan kepada guru mereka.

   "Apa yang sedang kamu lakukan?" tanya Ibnu Syibab az-Zuhri.

   " saya sedang belajar," jawab Imam Malik.

   " Saya lihat kamu asyik bermain tali," kata Ibnu Syibab az-Zuhri lagi.

    " Saya sedang menghafal hadis-hadis yang tuan bacakan" jawab Imam Malik.

    " Bagaimana kamu melakukan?" tanya Ibnu Syibab az-Zuhri lagi.

    "Setiap kali saya mendengar tuan membaca sebuah hadis, saya menghafalnya lalu saya buat satu simpulan pada tali ini, dengan itu memudahkan saya mengingatinya," jawab Imam Malik.

 Bagi menguji kebenaran kata-kata Imam Malik itu, Ibnu Syibab az-Zuhri menyuruh Imam Malik membaca sebuah hadis yang baru dibacanya. Imam Malik membacanya dengan lancar tanpa sepatah huruf pun yang tinggal. Semua kagum dengan kelebihan Imam Malik.

Pada suatu hari, Ibnu Syibab az-Zuhri membaca sebanyak 30 buah hadis secara terus menerus. Imam Malik dapat menghafalnya sebanyak 29 hadis sahaja. Dia berasa susah hati lalu bertanyakan kepada kawan-kawannya. Tetapi mereka juga tidak sempat menyalinnya.

     " Bolehkah tuan mengulangi semula hadis-hadis yang dibacakan semalam?" tanya Imam Malik pada keesokan harinya.

     " Bukankah saya suruh kamu hafal hadis-hadis yang saya ajar?" mara Ibnu Syibab az-Zuhri.

     " Saya hanya menghafal 29 hadis tetapi terlupa sebuah hadis," jawab Malik.

     " sekiranya begitu cuba bacakan hadis-hadis yang kamu sudah hafal," pinta Ibnu Syibab az-Zuhri.

Imam Malik mengeluarkan tali yang disimpulnya. Kemudian dia membaca hadis yang dihafalnya satu demi satu berpandukan pada simpulan tali itu sehingga selesai 29 buah. Barulah Ibnu Syibab az-Zuhri tahu hadis mana yang belum dihafal anak muridnya itu.

Sejak itu ramai yang cuba meniru cara Imam Malik menghafal hadis dengan menggunakan simpulan tali tetapi mereka tidak berjaya. Mereka juga bertanyakan rahsianya namun Imam Malik sendiri tidak dapat mengjelaskannya.

    "Sesungguhnya saya sangat menghormati serta mencintai hadis-hadis Rasullullah SAW. Setiap kali mendengarnya saya tumpukan sepenuh perhatian hingga seolah-olah dada saya terbuka bagi menerima kemasukan hadis-hadis itu lalu terus melekat dalam ingatan saya," beritahu Imam Malik.

No comments:

Post a Comment