Thursday, July 21, 2011

Imam Malik serta Hormatnya kepada Hadis Rasullullah SAW

Selepas mendapat pengiktirafan daripada tujuh puluh orang alim ulama  yang terdapat di kota Madinah, barulah Imam Malik berani membuka kelas pengajian.

   " Ibu, hari ini adalah hari pertama saya membuka kelas pengajian ilmu hadis. Doakan kejayaan saya," kata Imam Malik memohon restu ibunya.

Siti Aliyah tersenyum melihat anaknya lalu bertanya," mengapa kamu berpakaian cantik dan mengenakan minyak wangi? Adakah tujuan kamu untuk menarik perhatian orang ramai supaya datang ke kelas pengajian kamu?"

    "Tidak ibu. Saya memakai pakaian cantik serta memakai minyak wangi kerana menghormati hadis Rasullullah SAW yang akan saya bacakan di tempat pengajian nanti," jawab Imam Malik.

     " Sudahkah kamu menghebahkan kepada orang ramai yang kamu mahu membuka kelas pengajian di Masjid Nabi?" tanya ibunya lagi.

    " saya sengaja tidak menghebahkan kerana menghormati majlis pengajian guru-guru saya," jawab Imam Malik.

    " Apa maksud kamu?"tanya Aliyah lagi.

    " Saya tidak mahu mereka yang sedang belajar dengan guru-guru saya meninggalkan kelas pengajian mereka supaya datang kepada saya. Jadi saya memilih membacakan hadis berhampiran dengan makam Rasullullah SAW," jawab Imam Malik. Aliyah berpuas hati dengan jawapan anaknya lalu merestuinya.

  Apabila sampai di Masjid Nabi, Imam Malik mengambil tempat berhampiran dengan makam rasullullah lalu memulakan keas pengajiannnya dengan membacakan sebuah hadis. Orang ramai sedang menziarahi makam Rasullullah tertarik hati memdengar hadis yang dibacakan lalu duduk mendengarnya. Bilangan mereka semakin hari bertambah ramai Tidak lama kemudian datang gabenor Madinah.

 "Siapakah anak muda ini?" tanya gabenor kepada imam Masjid Nabi yang mengirinya menziarahi makam Rasullullah SAW.

      "Namanya Imam Malik. Beliau mendapat persetujuan daripada tujuh puluh orang gurunya bagi mengajar hadis," jawab imam Masjid Nabi.

  Gabenor tertarik hati mendengarnya lalu datang kepada Imam Malik yang ketika itu sedang membacakan hadis. Imam Malik terus membaca hadis itu tanpa menghiraukan kedatangan gabenor. Orang ramai bimbang sekirana meninbulkan kemrahan penguasa Madinah itu.

    " Mengapa kamu tidak menghiraukan kedatangan saya?" tanya gabenor selepas selesai Imam Malik membaca hadis.

    " Tuan gabenor, ketika tuan datang tadi saya sedang membaca sebuah hadis. Saya bimbang mendapat kemarahan tuannya," jawab Imam Malik sambil menunjuk ke arah makam Rasullullah SAW.

    Mendengar jawapan itu gabenor tidak jadi marah. Bahkan mahu menguji anak muda itu lalu bertanya beberapa soalan, "Berapakah umur kamu?" tanya gabenor.

   "tujuh belas tahun?" jawab Imam Malik.

   "Umur kamu masih terlalu muda. Tidakkah kamu berasa malu mengajar mereka yang lebih tua umurnya daripada kamu?" tanya gabenor lagi.

    " Tuan gabenor, saya sudah mendapat keizinan daripada tujuh puluh orang guru saya bagi mengajar hadis," jawab Imam Malik.

     " Mengapa kamu memilih tempatnya berhampiran dengan makam Rasullullah SAW? Apakah tujuan kamu mahu menarik perhatian orang ramai yang datang menziarahi makam Rasullullah SAW?" tanay gabenor lagi.

     " Saya memilih tempat ini kerana di sinilah Rasullullah SAW mengajar ilmu kepada para pengikutnya. Tempat ini juga sering digunakan khalifah Abu Bakar dan Umar Al-Khattab apabila mengadakan majlis ilmu. Saya mahu mengambil keberkatan daripada mereka," jawab Imam Malik.

      Gabenor Madinah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan lalu membenarkan Imam Malik membuka kelas pengajian di situ. Sejak itu semakin ramai yang hadir. Mereka yang pernah menjadi guru Imam Malik juga turut hadir dalam majlis ilmu Imam Malik. Mereka kagum dengan kebolehan anak muda itu.

   Imam Malik sangat menghormati hadis Rasullullah SAW. Setiap kali mahu mengajar ilmu hadis beliau berpakaian kemas dan cantik. Apabila membacakan sebuah hadis beliau membacanya dengan rasa hormat dan tawaduk. Mereka yang mendengarnya juga menundukkan kepala serta mendengarnya dengan penuh khusyuk.

    Pada suatu hari sedang Imam Malik sedang membaca sebuah hadis, tiba-tiba muncul seekor lipan lalu menggigitnya. Beliau terus membacakan hadis tanpa menghiraukan kesakitanya. Apabila selesai membacanya barulah beliau berhenti lalu mengubati kesakitannya.

    " Mengapa tuan berbuat demikian?" tanya salah seorang anak muridnya.

    "Saya bersabar menahan kesakitan kerana menghormati hadis Rasullullah SAW yang sedang dibacakan," jawab Imam Malik.

 
    rujukan : Imam-Imam Yang Benar

   

1 comment:

  1. Subhanallah...spt analogi 'Air hanya akan bertakung di kawasan yg rendah' bgt juga keberkatan dlm mengajar dan belajar sesuatu ilmu...Ilmu hanya akn meresap ke dalam hati2 orng yg merendahkn dirinya terhadap sesuatu ilmu yg ingin disampaikan @ dipelajari.....

    ReplyDelete