Wednesday, July 13, 2011

Kebijaksanaan Imam Abu Hanifah

Semasa berada di Madinah, Imam Abu Hanifah lebih suka beriktikaf di Masjid Nabi. Kerana namanya sudah terkenal, penduduk Madinah meminta beliau mengadakan kuliah agama. Imam Abu Hanifah mengajar mengikut ijtihadnya sendiri. Manakala ulama-ulama pula tidak bersetuju dengan beberapa pendapat Imam Abu Hanifah, antaranya mengenai sembahyang jemaah. Menurut Imam Abu Hanifah, memadai imam sahaja yang membaca Al-Fatihah, makmum tidak payah membaca Al-Fatihah. Fatwa Imam Abu Hanifah itu menjadi perbualan ramai. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju.. Bagi mengatasi kemelut itu,  penduduk Madinah meminta ulama-ulama mereka berbahas dengan Imam Abu Hanifah. Mereka melantik 10 orang ulama Madinah bagi berbahas dengan Imam Abu Hanifah.

  " Imam Abu Hanifah, kami datang mahu berbahas dengan tuan mengenai pendapat tuan yang mengatakan bersembahyang berjemaah dengan hanya imam yang  membaca Al-Fatihah. Sedangkan hadis nabi mengatakan bacaan al-Fatihah itu wajib dalam sembahyang," kata salah seorang kumpulan ulama Madinah itu.

    " Saya tidak menolak hadis itu  tetapi menolak perawi  hadis itu.  Saya pernah berguru dengan Ibnu Mas'ud yang pernah hidup pada zaman Rasullullah. Beliau mengatakan mereka yang baru memeluk Islam dan belum hafaz bacaan al-Fatihah juga mendirikan sembahyang di belakang Rasullullah. Kerana itu saya berfatwa memadai imam sahaja yang membaca Al-Fatihah," kata Imam Abu Hanifah lalu membentangkan hujah-hujah yang lain.

    Seramai 10 orang ulama Madinah itu  tidak berpuas hati dan tidak dapat menerima pendapat Imam Abu Hanifah itu. Selepas agak lama berdebat akhirnya Imam Abu Hanifah pun berkata, " perdebatan ini sungguh tidak adil kerana kamu datang dengan 10 orang orang melawan saya seorang. Kamu pula ulama-ulama yang hebat sedangkan saya oang biasa sahaja. Kerana itu kamu pulang dahulu kemudiam bicang siapa yang menjadi wakil kamu bagi berdebat dengan saya."

    "Baiklah kami setuju," kata mereka lalu pulang.

     Kemudan mereka berbincang bagi memilih siapa dalam kalangan mereka yang paling layak berdebat dengan Imam Abu Hanifah. Berlaku pertengkaran sesama mereka kerana masing-masing mahu menjadi wakil. Akhirnya tercapai juga kata sepakat lalu memilih seorang yang paling tua dalam kalangan mereka.

    Keesokan harinya, sekali lagi 10 orang ulama itu datang menemui Imam Abu Hanifah. Kemudian salah seorang daripada berkata," Kami sudah mencapai kata sepakat melantik salah seorang di antara kami menjdai wakil bagi berdebat dengan tuan." 

    " Adakah dia yang paling tua dalam kalangan kamu?" tanya Abu Hanifah lagi.

      "Benar dia yang paling tua dalam kalangan kami," jawab salah seorang daripada mereka.

     " Adakah dia yang palik warak?" tanya Imam Abu Hanifah lagi.

      "Benar dialah yang paling warak dalam kalangan kami."

      " Adakah dia yang paling fasih lidahnya?" 

      "Memang benar lelaki ini paling fasih lidahnya di antara kami."

       "Wakil kami itu adalah orang yang paling alim di antara kami."

    Imam Abu Hanifah tersenyum lalu berkata, " Kamu sudah memilih salah seorang di antara kamu  menjadi wakil. Adakah kamu akan terima apa  sahaja yang dia perkatakan?"

       " Benar tuan sebab dia yang paling layak, sebab itu kami sudah sepakat melantik dia," kata salah seorang kumpulan ulama Madinah itu.

       " Begitu juga dengan sembahyang. Imam itu dilantik daripada persetujuaan orang ramai. Dia yang paling tua umurnya, paling baik pekertinya, paling berilmu pengetahuan dan paling fasih lidahnya membaca Al-Fatihah. Apabila kamu sepakat melantik seseorang menjadi imam, cukup dia seorang yang menbaca al-Fatihah seperti yang kamu sepakat melantik melantik dia menjadi wakil dan bersetuju dengan apa yang diperkatakan," kata Imam Abu Hanifah.

 Akhirnya 10 ulama Madinah itu bersetuju dengan pendapat Imam Abu Hanifah bahawa apabila sembahyang jemaah, cukup sekadar imam yang membaca Al-Fatihah.


rujukan: Imam-Imam yang Benar

No comments:

Post a Comment