Saturday, July 2, 2011

Kejujuran Imam Abu Hanifah

Pada suatu hari, seorang perempuan datang menemui Abu Hanifah dengan membawa sehelai baju sutera peninggalan bekas suaminya. Menurut perempuan itu dia memerlukan duit dan sanggup menjual baju arwah suaminya itu.

     " Baju ini sangat cantik. Berapa harganya?" tanya Abu Hanifah.
     " Sepuluh dinar" jawab perempuan itu.
     "Janganlah bergurau kerana baju ini jauh lebih mahal harganya daripada yang kamu sebutkan itu," kata Abu Hanifah.
     " Sekiranya begitu, saya naikkan harganya menjadi 20 dinar" kata perempuan itu.
     " naikkan lagi harganya" kata Abu Hanifah.
     "Baiklah, saya naikkan menjadi 30 dinar"
     " Naikkan lagi harganya"

Perempuan itu rasa seperti dipermainkan lalu berkata, " Kamu terkenal sebagai peniaga kain yang baik dan jujur tetapi mengapa kamu hendak memperolok-olokkan saya?"

      " saya tidak bermaksud begitu. Sesungguhnya baju kamu itu lebih mahal dari harga yang kamu tawarkan," kata Abu Hanifah.
      " Baiklah, pada pendapat tuan berapa harga baju ini?" tanya perempua itu.
      " lebih 40 dinar," jawab Abu Hanifah

Perempuan itu seperti tidak percaya. " saya akan jualkan baju ini sekiranya ada yang mahu menbeli walaupun dengan harga 10 dinar"katanya

Tiba-tiba datang seorang lelaki yang berhajat mahu membeli baju. Selepas puas melihat baju-baju yang ada dikedai itu, dia ternampak baju yang masih dipegang oleh perempuan itu.
     
      " saya tertarik hati membeli baju ini. Adakah kamu mahu menjualnya?" tanya lelaki itu.
      " berapa harga yang tuan sanggup bayar?" tanya perempuan itu.

selepas membelek-belek baju itu, lelaki itu pun bekata. "saya sanggup membelinya dengan harga 50 dinar"

     Dengan rasa gembira, perempuan itu menjual baju itu. Kemudian dia bertanya kepada Abu Hanifah, " Sekiranya tuan membeli baju ini dengan harga 10 dinar, tuan dapat menjualnya dengan harga 50 dinar. Tuab keuntungan yang banyak tetapi mengapa tuan tidak melakukannya?"

      "Saya lebih suka bersikap jujur dalam perniagaan," jawab Abu Hanifah.

    Kisah ini tersebar di kalangan orang ramai. Ramai peniaga yang mahu mencontohi cara Abu Hanifah yang tidak menipu dalam perniagaan. Dia menjadi contoh kepada peniaga yang lain. Sikap Abu Hanifah yang jujur dalam perniagaan itu menarik lebih ramai lagi pelanggan bagi berkunjung ke kedainya.

No comments:

Post a Comment