Saturday, July 30, 2011

Ramadhan Al-Mubarak

  Daripada Abi Abdul Rahman Abdillah bin Umar bin al-Khattabr.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasullullah SAW bersabda:


   
   Maksudnya: "Islam itu didirikan atas lima perkara iaitu: Bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan hajike Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadhan."
                  (Riwayat al-Bukhari Kitad al-Imam no.8 dan Muslim Kitab al-Imam no.16)

Hadis ini menghuraikan mengenai rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh semua umat Islam. Dalam hadis ini ada menyebut 5 rukun Islam iaitu mengucap kalimah syahadah, memdirikan solat, keluarkan zakat, tunaikan haji dan puasa di bulan Ramadhan.

Rukun Imam ke-5 ialah: PUASA

Wajib berpuasa pada bulan ramadhan.Sesiapa yang mengingkari salah satu daripada rukun Islam tersebut maka dia bukan seorang Muslim berdasarkan ijmak ulama.

 Dalil-Dalil Berpuasa.
   
 "Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui"
                                                                          (Al-Baqarah:184)

Ali bin Abi Talib r.a berkata, "sewaktu Rasullullah SAW duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata," Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab."

  Lalu Rasulullah SAW bersabda "Silakan bertanya."

  Berkata orang yahudi,"Wahai Muhammad, terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa,"

  Sabda Rasullullah SAW," Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:


  1.  Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram)
  2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya
  3. Diberi oleh Allah sentiasa dekat dengannya
  4. Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga
  5. Diringankan baginya seksa kubur (seksa yang amat mengerikan)
  6. Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath
  7.  Allah SWT akan memberikan kemudian di syurga
Keutamaan Puasa Ramadhan:

  1. Mendapat Dua Kesenangan
"Setiap amal yang dilakukan anak adam adalah untuknya, dan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipatnya bahkan sampai tujuh ratus kali lipat. Allah Ta'ala berfirman, "kecuali puasa, itu untuk-Ku dan Aku yang langsung membalasnya. Ia telah meninggalkan syahwat, makan dan minumnya kerana-Ku.' Orang ang berpuasa mendapat dua kesenangan, iaitu kesenangan ketika berbuka dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi."- Shahih Al-Bukhari dan Muslim dan Abu Hurairah uahdiaallahu 'anhu.

      2. Taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah

      3. Syarat mendapat pahala puasa
          Di antara syarat untuk medapatkan pahala puasa, ialah agar berbuka puasa yang halal. Jika berbuka puasa dengan yang haram, maka ia termasuk orang yang menahan diri dari yang dihalalkan Allah dan memakan apa yang diharamkan Allah, maka dan tidak dikabulkan doanya.

      4. Mendapat pahala jihad.
      perlu diketahui bahawa orang kumkin pada bulan Ramadhan melakukan dua jihad, iaitu:
          A) Jihad untuk dirinya pada siang hari dengan puasa.
          B) Jihad pada malam hari dengan solat malam
      Barangsiapa yang memadukan kedua jihad ini, memenuhi segala hak-haknya dan bersabar terhadapnya, nescaya diberikan kepadanya pahala yang tidak terhitung.

Qiyam Ramadhan
Dalil: 

Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

" Barangsiapa mendirikan solat malam di bulan Ramdhan kerana iman dan mengharap pahala (dari Allah~nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu)"
                                                 (Hadits Muttafaq 'Alaih)

 Dari Abdurrahman bin Auf radhiallahu'anhu bahwasanya Rasullullah SAW menyebut bulan Ramadhan seraya bersabda maksudnya: 

" Sesungguh, Ramadhan adalah bulan yang diwajibkan Allah puasanya dan kusunatkan solat malamnya. Maka barangsiapa menjalankan puasa dan solat malam pada bulan itu kerana iman dan mengharap pahala, nescaya bebas dari dosa-dosa seperti saat ketika dilahirkan ibunya"



P/s:Saya berharap entri yang diberikan ini dapat menambahkan semangat kita untuk menunaikan puasa di bulan Ramadhan. Entri ini juga mengingatkan kita betapa pentingnya Puasa dan tergolong dalam salah satu rukun Islam. Sesungguhnya puasa itu wajib bagi semua umat Islam. Selain itu, kita dekatkan lah diri kta kepada Allah. tingkatkan Iman kita di bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan amal ibadat. Jadikanlah bulan ini sebagai detik perbahan kita dari buruk kepada baik dan dari baik kepada lebih baik. Wallahua'lam....


      

Friday, July 29, 2011

Keakraban Imam Malik dan Imam Syafie

    Pada suatu hari dua ulama itu berbincang tiba-tiba datang seorang lelaki lalu Imam Syafie mencadangkan kebolehan masing-masing dengan ilmu firasat.

    "Pada firasat tuan, apakah peerjaan lelaki ini?" tanya Imam Syafie.

    "tukang besi,"jawab Imam Malik selepas membuat penelitian ke atas lelaki itu.

    "firasat saya mengatakan lelaki itu seorang peniaga," kata Imam Syafie pula.

    bagi memastikan firasat siapa yang benar maka mereka bertanya kepada lelaki itu apakah pekerjaannya.

    "Saya berniaga," jawab lelaki itu.
 
    "bukankah benar firasat saya?" kata Imam Syafie tersenyum.

     "apakah perjerjaan kamu sebelum kamu menjadi peniaga?"tanya Imam Malik pula seperti tidak mahu mengalah.

      "Tukang besi,"jawab lelaki itu.

      "Bukankah firasat syaa juga betul?" kata Imam Malik pula.

      "Sebenarnya tuan, saya berniaga besi, kerana itu firasat tuan berdua memang betul. Saya menjadi tukang besi dan saya juga memperniagakannya.," kata lelaki itu.

      Kemudian Imam Malik meminpin tangan Imam Syafie lalu membawanya berjalan-jalan di sekitar kawasan rumahnya. Selepas agak lama berjalan akhirnya mereka sampai ke kandang kuda. Di situ terdapat beberapa kuda.

     "Kuda-kuda ini adalah hadiah daripada khalifah Karun Ar-Rashid. Cuma seekor sahaja yang saya beli," kata Imam Malik.

      "Alangkah cantiknya kuda itu. Belum pernah saya melihat kuda secantik itu," kata Imam Syafie sambil menunjuk ke arah seekor kuda putih yang kelihatan bersih dan cantik.

     "Kuda itu saya hadiahkan kepada kamu," kata Imam Malik.

    Imam Syafie terkejut lalu berkata, "Saya tidak bermaksud mahu memintanya daripada tuan, kerana tuan yang lebih memerlukan kuda yang cantik itu daripada saya,"

       "Sejak kuda-kuda ini dihadiahkan oleh khalifah, saya belum pernah menunggangnya. Saya hadiahkan kepada kamu bagi memudahkan perjalanan kamu," kata Imam Malik bersungguh-sungguh.

       "mengapa tuan tidak mahu menunggangnya?" tanya Imam Syafie

       " Saya tidak sanggup menunggang kuda di atas bumi di mana tempat berehatnya Rasul kesayangn," jawab Imam Malik.

       "Sekiranya tuan tidak sanggup menunggangnya kerana menghormati jawab Rasullullah SAW, saya juga begitu," jawab Imam Syafie.


~ilmu itu cahaya.Ia tidak akan jinak kecuali hanya kepada hati yang takwa dan khusyuk~

Imam Malik yang Dermawan

Semakin hari semakin ramai yang datang berguru pada Imam Malik. Setiap kali beliau mengajar ilmu hadis, orang ramai memenuhi majlis tempat dia mengajar.

   "Guru kita Imam Malik sudah terkenal. Hidupnya tidak lagi susah kerana rezeki datang melimpah. Beliau suka memakai pakaian daripada kain yang bermutu jenis Adaniyah keluaran negeri Aden, kain Khurasaniyyah daripada kain Khurasan. dan juga kain Misriyyah keluaran negeri Mesir. Beliau juga suka memakai bau-bauan yang harum jenis kasturi dan anbar" puji Imam Asyhab bin Abdul Aziz yang menjadi anak muridnya.

     " Beliau sudah mempunyai seorang isteri dan seorang anak perempuan. Suatu ketika dahudu anak perempuannya sering menangis kerana kelaparan. Tetapi sekarang mereka sudah senang dan kaya," kata Imam Syamsuri pula.

     " tapi masih ada satu kekurangan  lagi. Beliau masih belum mempunyai rumah sendiri. Beliau dan keluarga masih menyewa di rumah kediaman Abdullah bin Mas'ud," kata Imam Asyhab.

      " Saya cadangkan kita berpakat dengan kawan-kawan berkongsi membelikan rumah kediaman untuk guru kita. Mereka tentu bersetuju kerana ramai di antara kawan-kawan kita anak orang kaya dan berharta," cadang Imam Syamsuri.

Cadangan itu memdapat persetujuan ramai. Mereka sanggup menderma duit masing-masing lalu diserahkan kepada Imam Malik supaya digunakan bagi membeli sebuah rumah. Tetapi Imam Malik tidak membelinya. Duit itu disedekahkannya kepada fakir miskin dan mereka yang memerlukannya.

    Pada suatu hari, khalifah Hisyam bin Malik mengerjakan ibadat haji ke tanah suci Mekah. Kebetulan Imam Asyhab juga turut mengerjakannya. Apabila mereka bertemu, kahlifash Hisyam bertanya kisah Imam Malik.

   " Benarkah guru kamu, Imam Malik masih belum mempunyai rumah sendiri?" tanya khalifah Hisyam.

     " Memang benar, Amirul Mukminin. Beliau masih menyewa di rumah Abdullah bin Mas'ud," jawab Imam Asyhab.

     Khalifah Hisyam terkenal dengan sifat pemurahnya. Baginda sering memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Selepas selesai mengerjakan ibadat haji, baginda pergi ke Madinah bagi menziarahi makam Rasullullah. Semasa berada di Masjid Nabi, Baginda turut mendengar Imam Malik membacakan hadis nabi kepada anak-anak muridnya.

      " Adakah tuan masih belum mempunyai rumah sendiri?" tanya khalifah Hisyam.

     "Saya menyewa rumah Abdullah bin Mas'ud, Amirul Mukminin" jawab Imam Malik.

     " Tidakkah tuan guru pernah mendengar kata-kata Rabi'ahyang juga guru tuan bahawa seorang manusia itu dinamakan manusia kerana mempunyai rumah sendiri?" tanya khalifah Hisyam.

     " Benar, Amirul Mukminin" jawab Imam Malik.

     Khalifah al-Mahdi memberikahnya wang sebanyak 2,000 dinar lalu disuruhnya membeli sebuah rumah. Imam Malik menerima pemberian itu. Seblum khalifah Hisyam pulang ke Damsyik, sekali lagi baginda menemui Imam Malik lalu berpesan supaya gunakan duit yang diberikan itu bagi membeli sebuah rumah.

    Sedang Imam Malik merancang mahu membeli rumah, dia mendapat tahu beberapa orang anak muridnya yang terdiri daripada keluarga miskin menghadapi masalah kewangan. Beliau terus mengagih-agihkan wang pemberian khalifah itu kepada mereka sehingga habis. Baginya, membantu mereka yang memerlukan bantuan itu lebih penting daripada mambeli rumah. Tambahan pula dia sudah ada rumah kediaman iaitu rumah sewanya.

rujukan: Imam-Imam yang Benar.

P/s: moga-moga sifat dermawan yang ditunjukkan oleh Imam Malik dapat menjadi pengajaran kepada kita terutamananya keluarga yang berada. Moga-moga sifat dermawan Imam Malik ini dapat dijadikan contoh kepada kita untuk menderma kepada golongan yang memerlukan. Tambahan pula pada Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Tingkatkan amalan kita di bulan Ramadhan ini.. Wallahua'lam.. Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang istimewa.

Thursday, July 21, 2011

Imam Malik serta Hormatnya kepada Hadis Rasullullah SAW

Selepas mendapat pengiktirafan daripada tujuh puluh orang alim ulama  yang terdapat di kota Madinah, barulah Imam Malik berani membuka kelas pengajian.

   " Ibu, hari ini adalah hari pertama saya membuka kelas pengajian ilmu hadis. Doakan kejayaan saya," kata Imam Malik memohon restu ibunya.

Siti Aliyah tersenyum melihat anaknya lalu bertanya," mengapa kamu berpakaian cantik dan mengenakan minyak wangi? Adakah tujuan kamu untuk menarik perhatian orang ramai supaya datang ke kelas pengajian kamu?"

    "Tidak ibu. Saya memakai pakaian cantik serta memakai minyak wangi kerana menghormati hadis Rasullullah SAW yang akan saya bacakan di tempat pengajian nanti," jawab Imam Malik.

     " Sudahkah kamu menghebahkan kepada orang ramai yang kamu mahu membuka kelas pengajian di Masjid Nabi?" tanya ibunya lagi.

    " saya sengaja tidak menghebahkan kerana menghormati majlis pengajian guru-guru saya," jawab Imam Malik.

    " Apa maksud kamu?"tanya Aliyah lagi.

    " Saya tidak mahu mereka yang sedang belajar dengan guru-guru saya meninggalkan kelas pengajian mereka supaya datang kepada saya. Jadi saya memilih membacakan hadis berhampiran dengan makam Rasullullah SAW," jawab Imam Malik. Aliyah berpuas hati dengan jawapan anaknya lalu merestuinya.

  Apabila sampai di Masjid Nabi, Imam Malik mengambil tempat berhampiran dengan makam rasullullah lalu memulakan keas pengajiannnya dengan membacakan sebuah hadis. Orang ramai sedang menziarahi makam Rasullullah tertarik hati memdengar hadis yang dibacakan lalu duduk mendengarnya. Bilangan mereka semakin hari bertambah ramai Tidak lama kemudian datang gabenor Madinah.

 "Siapakah anak muda ini?" tanya gabenor kepada imam Masjid Nabi yang mengirinya menziarahi makam Rasullullah SAW.

      "Namanya Imam Malik. Beliau mendapat persetujuan daripada tujuh puluh orang gurunya bagi mengajar hadis," jawab imam Masjid Nabi.

  Gabenor tertarik hati mendengarnya lalu datang kepada Imam Malik yang ketika itu sedang membacakan hadis. Imam Malik terus membaca hadis itu tanpa menghiraukan kedatangan gabenor. Orang ramai bimbang sekirana meninbulkan kemrahan penguasa Madinah itu.

    " Mengapa kamu tidak menghiraukan kedatangan saya?" tanya gabenor selepas selesai Imam Malik membaca hadis.

    " Tuan gabenor, ketika tuan datang tadi saya sedang membaca sebuah hadis. Saya bimbang mendapat kemarahan tuannya," jawab Imam Malik sambil menunjuk ke arah makam Rasullullah SAW.

    Mendengar jawapan itu gabenor tidak jadi marah. Bahkan mahu menguji anak muda itu lalu bertanya beberapa soalan, "Berapakah umur kamu?" tanya gabenor.

   "tujuh belas tahun?" jawab Imam Malik.

   "Umur kamu masih terlalu muda. Tidakkah kamu berasa malu mengajar mereka yang lebih tua umurnya daripada kamu?" tanya gabenor lagi.

    " Tuan gabenor, saya sudah mendapat keizinan daripada tujuh puluh orang guru saya bagi mengajar hadis," jawab Imam Malik.

     " Mengapa kamu memilih tempatnya berhampiran dengan makam Rasullullah SAW? Apakah tujuan kamu mahu menarik perhatian orang ramai yang datang menziarahi makam Rasullullah SAW?" tanay gabenor lagi.

     " Saya memilih tempat ini kerana di sinilah Rasullullah SAW mengajar ilmu kepada para pengikutnya. Tempat ini juga sering digunakan khalifah Abu Bakar dan Umar Al-Khattab apabila mengadakan majlis ilmu. Saya mahu mengambil keberkatan daripada mereka," jawab Imam Malik.

      Gabenor Madinah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan lalu membenarkan Imam Malik membuka kelas pengajian di situ. Sejak itu semakin ramai yang hadir. Mereka yang pernah menjadi guru Imam Malik juga turut hadir dalam majlis ilmu Imam Malik. Mereka kagum dengan kebolehan anak muda itu.

   Imam Malik sangat menghormati hadis Rasullullah SAW. Setiap kali mahu mengajar ilmu hadis beliau berpakaian kemas dan cantik. Apabila membacakan sebuah hadis beliau membacanya dengan rasa hormat dan tawaduk. Mereka yang mendengarnya juga menundukkan kepala serta mendengarnya dengan penuh khusyuk.

    Pada suatu hari sedang Imam Malik sedang membaca sebuah hadis, tiba-tiba muncul seekor lipan lalu menggigitnya. Beliau terus membacakan hadis tanpa menghiraukan kesakitanya. Apabila selesai membacanya barulah beliau berhenti lalu mengubati kesakitannya.

    " Mengapa tuan berbuat demikian?" tanya salah seorang anak muridnya.

    "Saya bersabar menahan kesakitan kerana menghormati hadis Rasullullah SAW yang sedang dibacakan," jawab Imam Malik.

 
    rujukan : Imam-Imam Yang Benar

   

Wednesday, July 20, 2011

Imam Malik & cara pembelajarannya

Seperti biasa, Masjid Nabi sentiasa dikunjungi orang ramai bagi sembahyang berjemaah serta menziarahi makan Rasullullah. Pagi itu selesai sembahyang subuh, giliran Ibnu Syibab az-Zuhri memberi kuliah mengenai hadis. Imam Malik begitu tertarik hati mendengar lalu terbuka hatinya untuk berguru dengan Ibnu Syibab az-Zuhri.

     " Ibu, saya sudah memperlaji ilmu Quran dan ilmu fikah. saya mahu mempelajari ilmu hadis pula," kata Imam Malik kepada ibunya.

     " Ibu merestui cita-cita kamu itu. Di Madinah ini ramai guru yang mengajar  ilmu hadis. Siapakah yang menjadi pilihanmu?" tanya ibunya pula.

     " Ibnu Syibab az-Zuhri," jawab Imam Malik.

     " Segeralah menemuinya. Semoga dia berlapang hati menerima kamu sebagai anak muridnya," kata Aliyah dengan gembira.

   Petang itu selepas sembahyang asar, Imam Malik bertemu dengan Ibnu Syibab az_zuhri lalu menyatakan hasratnya mehu menuntut ilmu hadis.

    " menurut sahabatku Imam Abdul Rahman al-Rai, kamu sudah dapat menhafal Quran. Menurut Rabi'ah al-Rai pula kamu sudah dapat menguasai ilmu fikah. Apakah kamu masih tbelum berpuas hati dengan ilmu yang sudah kamu pelajari?" tanya Ibnu Syibab az-Zuhri.

    "Saya ingin mempelajari ilmu hadis pula. Sekiranya ilmu itu belum dipelajari, saya rasa hidup ini belum lengkap. Jadi saya mahu berguru dengan tuan. Terimalah saya sebagai anak murid tuan," jawab Imam Malik lalu menyatakan kesungguhan untuk mempelajari ilmu hadis.

    Melihat kesungguhan Imam Malik itu, Ibnu Syibab az-Zuhri tidak keberatan menerima permintaannya. Malah dia berasa gembira Imam Malik memilihnya menjadi gurunya. Keesokan harinya, Imam malik memulakan pembelajarannya. Tetapi dia datang dengan membawa seutas tali. Setiap kali memdengar gurunya membaca sebuah hadis, dia membuat satu simpulan pada tali itu bagi memudahkan dia mengingatinya. Perbuatan Imam Malik itu menimbulkan rasa hairan pelajar yang lain lalu mengadukan kepada guru mereka.

   "Apa yang sedang kamu lakukan?" tanya Ibnu Syibab az-Zuhri.

   " saya sedang belajar," jawab Imam Malik.

   " Saya lihat kamu asyik bermain tali," kata Ibnu Syibab az-Zuhri lagi.

    " Saya sedang menghafal hadis-hadis yang tuan bacakan" jawab Imam Malik.

    " Bagaimana kamu melakukan?" tanya Ibnu Syibab az-Zuhri lagi.

    "Setiap kali saya mendengar tuan membaca sebuah hadis, saya menghafalnya lalu saya buat satu simpulan pada tali ini, dengan itu memudahkan saya mengingatinya," jawab Imam Malik.

 Bagi menguji kebenaran kata-kata Imam Malik itu, Ibnu Syibab az-Zuhri menyuruh Imam Malik membaca sebuah hadis yang baru dibacanya. Imam Malik membacanya dengan lancar tanpa sepatah huruf pun yang tinggal. Semua kagum dengan kelebihan Imam Malik.

Pada suatu hari, Ibnu Syibab az-Zuhri membaca sebanyak 30 buah hadis secara terus menerus. Imam Malik dapat menghafalnya sebanyak 29 hadis sahaja. Dia berasa susah hati lalu bertanyakan kepada kawan-kawannya. Tetapi mereka juga tidak sempat menyalinnya.

     " Bolehkah tuan mengulangi semula hadis-hadis yang dibacakan semalam?" tanya Imam Malik pada keesokan harinya.

     " Bukankah saya suruh kamu hafal hadis-hadis yang saya ajar?" mara Ibnu Syibab az-Zuhri.

     " Saya hanya menghafal 29 hadis tetapi terlupa sebuah hadis," jawab Malik.

     " sekiranya begitu cuba bacakan hadis-hadis yang kamu sudah hafal," pinta Ibnu Syibab az-Zuhri.

Imam Malik mengeluarkan tali yang disimpulnya. Kemudian dia membaca hadis yang dihafalnya satu demi satu berpandukan pada simpulan tali itu sehingga selesai 29 buah. Barulah Ibnu Syibab az-Zuhri tahu hadis mana yang belum dihafal anak muridnya itu.

Sejak itu ramai yang cuba meniru cara Imam Malik menghafal hadis dengan menggunakan simpulan tali tetapi mereka tidak berjaya. Mereka juga bertanyakan rahsianya namun Imam Malik sendiri tidak dapat mengjelaskannya.

    "Sesungguhnya saya sangat menghormati serta mencintai hadis-hadis Rasullullah SAW. Setiap kali mendengarnya saya tumpukan sepenuh perhatian hingga seolah-olah dada saya terbuka bagi menerima kemasukan hadis-hadis itu lalu terus melekat dalam ingatan saya," beritahu Imam Malik.

Wednesday, July 13, 2011

Kebijaksanaan Imam Abu Hanifah

Semasa berada di Madinah, Imam Abu Hanifah lebih suka beriktikaf di Masjid Nabi. Kerana namanya sudah terkenal, penduduk Madinah meminta beliau mengadakan kuliah agama. Imam Abu Hanifah mengajar mengikut ijtihadnya sendiri. Manakala ulama-ulama pula tidak bersetuju dengan beberapa pendapat Imam Abu Hanifah, antaranya mengenai sembahyang jemaah. Menurut Imam Abu Hanifah, memadai imam sahaja yang membaca Al-Fatihah, makmum tidak payah membaca Al-Fatihah. Fatwa Imam Abu Hanifah itu menjadi perbualan ramai. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju.. Bagi mengatasi kemelut itu,  penduduk Madinah meminta ulama-ulama mereka berbahas dengan Imam Abu Hanifah. Mereka melantik 10 orang ulama Madinah bagi berbahas dengan Imam Abu Hanifah.

  " Imam Abu Hanifah, kami datang mahu berbahas dengan tuan mengenai pendapat tuan yang mengatakan bersembahyang berjemaah dengan hanya imam yang  membaca Al-Fatihah. Sedangkan hadis nabi mengatakan bacaan al-Fatihah itu wajib dalam sembahyang," kata salah seorang kumpulan ulama Madinah itu.

    " Saya tidak menolak hadis itu  tetapi menolak perawi  hadis itu.  Saya pernah berguru dengan Ibnu Mas'ud yang pernah hidup pada zaman Rasullullah. Beliau mengatakan mereka yang baru memeluk Islam dan belum hafaz bacaan al-Fatihah juga mendirikan sembahyang di belakang Rasullullah. Kerana itu saya berfatwa memadai imam sahaja yang membaca Al-Fatihah," kata Imam Abu Hanifah lalu membentangkan hujah-hujah yang lain.

    Seramai 10 orang ulama Madinah itu  tidak berpuas hati dan tidak dapat menerima pendapat Imam Abu Hanifah itu. Selepas agak lama berdebat akhirnya Imam Abu Hanifah pun berkata, " perdebatan ini sungguh tidak adil kerana kamu datang dengan 10 orang orang melawan saya seorang. Kamu pula ulama-ulama yang hebat sedangkan saya oang biasa sahaja. Kerana itu kamu pulang dahulu kemudiam bicang siapa yang menjadi wakil kamu bagi berdebat dengan saya."

    "Baiklah kami setuju," kata mereka lalu pulang.

     Kemudan mereka berbincang bagi memilih siapa dalam kalangan mereka yang paling layak berdebat dengan Imam Abu Hanifah. Berlaku pertengkaran sesama mereka kerana masing-masing mahu menjadi wakil. Akhirnya tercapai juga kata sepakat lalu memilih seorang yang paling tua dalam kalangan mereka.

    Keesokan harinya, sekali lagi 10 orang ulama itu datang menemui Imam Abu Hanifah. Kemudian salah seorang daripada berkata," Kami sudah mencapai kata sepakat melantik salah seorang di antara kami menjdai wakil bagi berdebat dengan tuan." 

    " Adakah dia yang paling tua dalam kalangan kamu?" tanya Abu Hanifah lagi.

      "Benar dia yang paling tua dalam kalangan kami," jawab salah seorang daripada mereka.

     " Adakah dia yang palik warak?" tanya Imam Abu Hanifah lagi.

      "Benar dialah yang paling warak dalam kalangan kami."

      " Adakah dia yang paling fasih lidahnya?" 

      "Memang benar lelaki ini paling fasih lidahnya di antara kami."

       "Wakil kami itu adalah orang yang paling alim di antara kami."

    Imam Abu Hanifah tersenyum lalu berkata, " Kamu sudah memilih salah seorang di antara kamu  menjadi wakil. Adakah kamu akan terima apa  sahaja yang dia perkatakan?"

       " Benar tuan sebab dia yang paling layak, sebab itu kami sudah sepakat melantik dia," kata salah seorang kumpulan ulama Madinah itu.

       " Begitu juga dengan sembahyang. Imam itu dilantik daripada persetujuaan orang ramai. Dia yang paling tua umurnya, paling baik pekertinya, paling berilmu pengetahuan dan paling fasih lidahnya membaca Al-Fatihah. Apabila kamu sepakat melantik seseorang menjadi imam, cukup dia seorang yang menbaca al-Fatihah seperti yang kamu sepakat melantik melantik dia menjadi wakil dan bersetuju dengan apa yang diperkatakan," kata Imam Abu Hanifah.

 Akhirnya 10 ulama Madinah itu bersetuju dengan pendapat Imam Abu Hanifah bahawa apabila sembahyang jemaah, cukup sekadar imam yang membaca Al-Fatihah.


rujukan: Imam-Imam yang Benar

Halalnya Makanan Abu Hanifah

Pada suatu hari seorang sahabatnya mengajak Imam Abu Hanifah makan di rumahnya. Mereka memasak gulai ikan dengan hrapan ulama terbilang itu berselera memakannya. Tetapi Imam Abu Hanifah langsung tidak menyentuh gulai ikan itu.

   "Tuan, mengapa tidak memakan ikan ini? Bukankah ia halal dan berkhasiat?" tanya tuan rumah.

    "Saya menahan diri daripada memakan ikan selama 6 tahun. Hingga sekarang tempoh itu masih belum cukup," jawab Imam Abu Hanifah.

    " Mengapa tuan berbuat begitu?" tanya tuan rumah.

  Menurut Imam Abu Hanifah, beberapa tahun sebelum itu orang ramai kecoh kerana kehilangan kambing peliharaan mereka. Setiap hari ada sahaja kambing yang hilang. Pada suatu hari semasa dalam perjalanan  pulang ke rumah, Imam Abu Hanifah melalui sebuah kawasan belukar lalu terdengar suara orang sedang bergelak ketawa. Dia mengintai dari mana datangnya suara itu. Dilihat beberapa orang lelaki sedang menikmati daging kambing panggang. Kemudian sisa-sisa mekanan itu dibuang ke dalam sungai.

     Imam Abu Hanifah segera bertanya kepada seorang nelayan berapa lamakah umur seekor ikan sejak menetas dari telus ibunya. Jawab nelayan, selama enam tahun umur ikan itu. Lalu Imam Abu Hanifah menahan dirinya daripada memakan ikan selama enam tahun kerana takut termakan ikan yang termakan sisa-sisa makanan daripada pencuri kambing itu.


rujukan: Imam-Imam Yang Benar

Tuesday, July 5, 2011

Kisah Imam Abu Hanifah dengan Abu Ayyub

Petang itu selepas selesai mengajar, Imam Abu Hanifah berjalan pulang ke rumahnya. Di pertengahan jalan dia bertemu dengan Abu Ayyub, seorang saudagar yang kaya. Kebetulan anaknya belajar dengan Imam Abu Hanifah.

    " Tuan Imam Abu Hanifah, sejak anak saya belajar dengan tuan sikapnya sudah berubah. Sekiranya dahulu dia seorang yang degil, sekarang sudah menjadi anak yang hormat ibu dan bapa. Dia juga dapat menghafaz Quran. Saya berasa terhutang budi kepada tuan," kata Abu Ayyub dengan wajah gembira.

    " Semuanya itu dengan izin Tuhan serta doa daripada kamu juga. Sesungguhnya doa-doa daripada ibu bapa  pada anaknya dimakbulkan Tuhan," kata Imam Abu Hanifah pula.

    " Tuan Imam Abu Hanifah, sebagai tanda bersyukur dan ucapan terima kasih saya pada tuan, sudilah menerima pemberian daripada saya ini," kata Abu Ayyub sambil mengeluarkan satu uncang duit dari poket jubahnya.

     " Di dalam uncang ini ada dua ribu dinar. Saya hadiahkan kepada tuan dengan hati yang ikhlas," kata Abu Ayyub lalau menghulurkan duit itu kepada Imam Abu Hanifah.

     " Saya menerima pemberian tuan ini, tetapi bukan untuk diri saya. Duit ini akan saya  gunakan bagi membantu pelajar miskin yang kurang bernasib baik," kata Imam Abu Hanifah.

     " Tuan Imam Abu Hanifah, duit ini saya beri kepada tuan sebagai hadiah. Mengenai pelajar miskin itu, saya sanggup membiayainya. Tuan senaraikan nama-nama mereka dan saya akan membantunya," kata Abu Ayyub.

      Imam Abu Hanifah mengucapkan terima kasih atas keihklasan saudagar kaya itu membantu pelajar-pelajar yang miskin.

      Kemudian Imam Abu Hanifah bertemu pula dengan Imam Abu Zar yang sedang mengajar anak-anak membaca Quran. Beliau bertanyakan mengenai Hammad yang belajar mengaji dengannya.

     " Hammad seorang anak yang cerdik. Pada hari ini dia sudah dapat menghafaz surah Al-Fatihah,"  beritahu Abu Zar sambil memuji Hammad.

     Imam Abu Hanifah gembira mendengarnya. Beliau menyeluk saku mengeluarkan duit sebanyak 500 dirham lalu diberikan kepada Imam Abu Zar.

    " Ini adalah hadiah daripada saya kerana tuan mengajar anak saya membaca surah Al-Fatihah," kata Imam Abu Hanifah.

    "Tuan, jumlah ini terlalu banyak. Sedangkan saya mengajar secara sukarela tanpa meminta apa-apa upah," kata Imam Abu Zar apabila diberikan 500 dirham.

    " surah Al-Fatihah yang kamu ajar kepada anak saya itu jauh lebih berharga daripada duit sebanyak 500 dirham," kata Imam Abu Hanifah.

    " Tuan, pahala yang saya dapat kerana mengajar Hammad membaca Al-Fatihah itu jauh lebih bernilai daripada yang tuan berikan," Kata Imam Abu Zar lalu menolak pemberian Imam Abu Hanifah.

Saturday, July 2, 2011

Kejujuran Imam Abu Hanifah

Pada suatu hari, seorang perempuan datang menemui Abu Hanifah dengan membawa sehelai baju sutera peninggalan bekas suaminya. Menurut perempuan itu dia memerlukan duit dan sanggup menjual baju arwah suaminya itu.

     " Baju ini sangat cantik. Berapa harganya?" tanya Abu Hanifah.
     " Sepuluh dinar" jawab perempuan itu.
     "Janganlah bergurau kerana baju ini jauh lebih mahal harganya daripada yang kamu sebutkan itu," kata Abu Hanifah.
     " Sekiranya begitu, saya naikkan harganya menjadi 20 dinar" kata perempuan itu.
     " naikkan lagi harganya" kata Abu Hanifah.
     "Baiklah, saya naikkan menjadi 30 dinar"
     " Naikkan lagi harganya"

Perempuan itu rasa seperti dipermainkan lalu berkata, " Kamu terkenal sebagai peniaga kain yang baik dan jujur tetapi mengapa kamu hendak memperolok-olokkan saya?"

      " saya tidak bermaksud begitu. Sesungguhnya baju kamu itu lebih mahal dari harga yang kamu tawarkan," kata Abu Hanifah.
      " Baiklah, pada pendapat tuan berapa harga baju ini?" tanya perempua itu.
      " lebih 40 dinar," jawab Abu Hanifah

Perempuan itu seperti tidak percaya. " saya akan jualkan baju ini sekiranya ada yang mahu menbeli walaupun dengan harga 10 dinar"katanya

Tiba-tiba datang seorang lelaki yang berhajat mahu membeli baju. Selepas puas melihat baju-baju yang ada dikedai itu, dia ternampak baju yang masih dipegang oleh perempuan itu.
     
      " saya tertarik hati membeli baju ini. Adakah kamu mahu menjualnya?" tanya lelaki itu.
      " berapa harga yang tuan sanggup bayar?" tanya perempuan itu.

selepas membelek-belek baju itu, lelaki itu pun bekata. "saya sanggup membelinya dengan harga 50 dinar"

     Dengan rasa gembira, perempuan itu menjual baju itu. Kemudian dia bertanya kepada Abu Hanifah, " Sekiranya tuan membeli baju ini dengan harga 10 dinar, tuan dapat menjualnya dengan harga 50 dinar. Tuab keuntungan yang banyak tetapi mengapa tuan tidak melakukannya?"

      "Saya lebih suka bersikap jujur dalam perniagaan," jawab Abu Hanifah.

    Kisah ini tersebar di kalangan orang ramai. Ramai peniaga yang mahu mencontohi cara Abu Hanifah yang tidak menipu dalam perniagaan. Dia menjadi contoh kepada peniaga yang lain. Sikap Abu Hanifah yang jujur dalam perniagaan itu menarik lebih ramai lagi pelanggan bagi berkunjung ke kedainya.

Sebab Timbulnya Mazhad

Pada masa Nabi Muhammad s.a.w hidup tidak timbul perselisihan pendapat di kalangan umat Islam kerana boleh merujuk terus kepada baginda. Tetapi setelah baginda wafat pada 2 Rabiul Awal tahun 11 hijrah atau 8 Jun 632 M, maka wujud perbezaan pandapat di kalangan umat Islam. Akibat perbezaan pendapat itu maka tercetus perang Jamal dan perang Siffin yang mengorbankan ramai umat Islam. Ekoran itu wujud kaum Syiah dan Khawarij. Kemudian muncul fahaman Muktazilah yang diketuai Washil bin Athak dan Umar bin Ubeid. Kemudian muncul fahaman Qadariyah dan Jabariyah.

Akhirnya muncul pula fahaman Ahli Sunnah Waljamaah yang diketuai Syeikh Abu Hasan Asyaari dan Syeikh Abu Mansur al Maturidi. Di bawah ini dinyatakan perbezaan fahaman-fahaman tersebut:

1. Kaum Syiah, kaum yang melebih-lebihkan memuja Saidina Ali bin Abi Talib. Malah dikatakan mereka tidak ngakui Khalifah Abu Bakar as Siddiq, Umar al Khattab dan Uthman Affan. Namun fahaman Syiah berpecah kepada 22 aliran.

2. Kaum Khawarij, kaum yang sangat membanci Saidina Ali bin Abi Talib malah ada yang mengkafirkannya. Mereka sanggup membunuh Saidina Ali bin Abi talib dan keluarganya. Mereka tidak sependapatdan berpecah kepada 22 aliran.

3. Kaum Muktazilah, kaum ang berfahaman bahawa Tuhan tidak mempunyai sifat. Kerana itu manusia berkuasa ke atas dirinya sendiri. Baik dan buruk bergantung kepada pilihan sendiri. Mereka berpendapat manusia tidak boleh melihat tuhan walaupun didalam syurga.Mereka berpendapat syurga dan neraka berserta penghuninya tidak kekal. Israk Mijrak Mabi Muhammad s.a.w berlaku dengan roh sajaha. Fahaman Muktazilah berpecah kepada 20 aliran.

4.Kaum Mujriah, mereka berpendapat sesiapa yang sudah Islam dan beriman jika melakukan maksiat tetap masuk syurga seperti orang kafir yang membuat kebajikan tetap masuk neraka.

5. Kaum Najariah, mereka berpendapat manusia melakukan sesuatu perbuatan sudah ditentukan tuhan. Mereka juga mengatakan sifat tuhan tidak ada.

6. Kaum Jabariyah,mereka berpendapat untung nasib seseorang setiap orang sudah ditentukan sejak azali lagi. Manusia tidak mempunyai daya dan upaya untuk mengubahnya. Contoh, seseorang itu sudah ditentukan tempatnya di syurga ataupun neraka.

7. Kaum Musyabbihah, mereka berpendapat tuhan juga bersifat seperti manusia, ada tangan, mata, kaki, duduk di atas kursi dan sering turun naik antara langit dan bumi.

Mazhad yang Empat

Empat imam besar iaitu Imam Ahmad bin Muhammad bin Hambal (Mazhad Hambali), Imam Muhamad bin Idris  atau Imam Syafie (Mazhad Syafie), Imam Abu Hanifah (Mazhad Hanafi) dan Imam Malik (Mazhad Maliki) harus diketahui riwayat hidupnya oleh umat Islam terutama Ahli Sunnah Waljamaah.

Empat Imam Besar itu menjadi terkemuka kerana mereka ulama bebas yang tidak terikat dengan sesiapa dan tidak pula terasa terhutang budi kepada sesiapa(pemerintah).

Perbezaan pendapat di kalangan mereka hanya berkisar dalam masalah furu' atau cabang hukum agama yang berhubung dengan urusan muamalat atau yang berkait dengan kepentingan masyarakat. Keempat mazhad tidak berselisih dalam urusan pokok agama kerana mereka tetap berpegang kepada al-Quran, hadis, dan sunnah rasul-Nya.

 Keempat imam besar ini sama-sama menentang amalan bidaah atau yang menyeleweng daripada ajaran Islam. Mereka juga tidak memaksa pengikutnya supaya bertaklid kepada mazhad masing-masing tanpa menyelidik nas yang diambil bagi merumuskan sesuatu fatwa atau masalah.

Imam Syafie contohnya menasihatkan pengikutnya supaya tidak teragak-agak menolak pendapat jika ada nasdaripada Al-Quran atau hadis yang sahih berlawanan dengan pendapatnya.

Timbulnya mazhad-mazhad itu apabila umat Islam tidak lagi berpengang kepada Al-Quran dan hadis pada masa itu. Maka tampil Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafie, Imam Hambali memimpin umat Islam. Keempat-empat mazhad besar itu semuanya berpegang pada akidah Ahli Sunnah Waljamaah.

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud "Demi Allah yang jiwa  Muhammaddi tangannya akan berfitrah umatku sebanyak 73 fitrah. Hanya satu masuk syurga dan yang lain masuk neraka. Sahabat bertanya siapakah itu ya Rasullullah? baginda menjawab Ahli Sunnah Waljamaah"