Sunday, September 18, 2011

Hadis: Jangan Marah

                                   Jangan Marah

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berilah wasiat kepadaku. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

 “Jangan Marah.” Beliau mengulanginya beberapa kali dan bersabda: “Jangan marah.”

(Riwayat Ahmad no.8729, al-Bukhari no.5765 dan al-Tirmizi no.2020)

pengarang kiab al-Ifshah berkata: “ mungkin tindakan Nabi menasihati lelaki itu disebabkan Baginda mengetahui sikapnya yang sering marah, sehingga nasihat itu ditujukan khusus kepadanya. Nabi SAW memuji orang yang dapat mengendalikan hawa nafsunya ketika marah.”

Sabda baginda yang bermaksud:

“Bukankah dikatakan kuat kerana dapat menumbangkan lawanya, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengedalikan hawa nafsunya di waktu marah”

Allah juga memuji orang yang dapat mengedalikan nafsunya ketika marah dan suka memberi maaf kepada orang lain


  Diriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang 
bermaksud:
Sesiapa yang menahan marahnya padahal dia boleh melepaskannya, kelak Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di hadapan segala makhluk, sehingga dia diberi hak untuk memilih bidadari yang disukai





      

                      Cara mencegah kemarahan:
1.     ~ Jauhi akhlak yang tercela seperti sombong,tinggi diri, bangga diri,menghina orang lain, banyak bercanda, suka pendebatan dan sebagainya.
2.   ~ Didik diri dengan akhlak mulia seperti lemah lembut, tidak tergesa-gesa dalam segala hal dan sebagainya.
3.  ~  Berlatih memaafkan orang yang membuat salah.
4.    ~Bersikap tawaduk
5.   ~ Mengucapkan ta’awwuz
6.   ~ Berhenti berbicara
7.  ~  berwuduk