Saturday, January 21, 2012

Mengubah Kemungkaran

Daripada Abi Sa'id al-khudri berkata bahawa beliau mendengar Rasullullah SAW bersabda:
     
     bermaksud:   "sesiapa antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya; jika                 tidak sanggup maka dengan lisannya; dan jika tidak sanggup juga maka dengan hatinya.Itu adalah selemah-lemah iman."
                       
                        [ Riwayat Abu Daud no.1140,Al-Tirmizi no.2172, Muslim no.49, Ahmad no.11478]

       Amar makruf (membuat baik) dan nahi mungkar(mencegah kemungkaran) merupakan perbuatab fardu dan wajib kifayah.
 
     Jika telah ada sebilangan orang yang menjalankannya bagi sesuatu kawasan atau kariah, maka yang lain akan terepas daripada tanggungjawabnya.

   Jika semua orang meninggalkannya, maka berdosalah semua orang yang mampu melaksanakannya, kecuali yang uzur.


Ada ketikanya wajid kifayah menjadi WAJIB AIN (diwajibkan bagi setiap individu). Misalnya, jika di suatu tempat yang tidak ada orang lai yang mengetahui kemungkaran itu selain dia, atau kemungkaran itu hanya boleh dicegah oleh dia sendiri, maka menjadi wajib ain ke atas diri nya untuk melakukannya.

 Misalnya seseorang yang melihat isteri, anak atau pembantu rumahnya yang melakukan kemungkaran atau kurang sempurna dalam melaksanakan kewajipan, maka kewajipan itu tertanggung keatas dirinya.

" Binasalah orang yang tidak mengetahui dengan hatinya akan hak dan yang batil."


Pengajaran

  1. kewajipan mengubah itu adalah tanggungjawab orang yang melihat kemungkaran itu.
  2. yang dimaksudkan" mengubah dengan tangan itu ialah jika ada kekuasaan, bukan mengubah dengan kekerasan, bukan mengubah dengan kekerasan yang boleh membawa kepada perkelahian, kekacauan, peperangan dan pertumpahan darah. jika ini berlaku, bencana yang diakibatkan itu lebih buruk atau dasyat dari kemungkaran itu sendiri.
  3. Jika tidak mampu diubah dengan kekuasaan atau kekerasan tidak dimiliki, ubahnyadengan lisan, kata-kata, dakwah dan tunjuk ajar.
Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud:

   " Jihad utama dalam perkataan yang benar di sisi pemerintah yang zalim."
         (riwayat Ahmad no.11159 daripada Abu Said r.a)
peringkat terakhir ialah mengubah dengan hati iaitu dengan cara:
  • tidak bersetuju dengan sepenuh hati perkara kemungkaran itu berlaku.
  • menentang dan membenci kemungkaran itu dengan hati.

P/s: Jadi, sebagai umat Islam, adalah wajib bagi kita mencegah kemungkaran walau bagaimanapun caranya. Sama-samalah kita Istiqamah melakukannya, InsyaAllah...