Thursday, March 3, 2011

Kenyataan Sains Dalam Al-Quran

    Al-Quran mengandungi banyak maklumat mengenai masa lampau yang tidak diketahui pada zaman Nabi Muhammad S.A.W serta sejarawan peringkat pertama abad ke-20. Dalam Al-Quran, terdapat bayak kenyataan mengenai keajaiban sains yang baru dapat dibuktikan melalui kajian amtaranya, kejadian alam, biologi, embriologi, astronomi, fizik, geografi, climatologi, perubatan sejarah, kehidupan laut dan  sebagainya.

SEJARAH:
Bandar Iram yang pupus:
     
      Iaitu Bandar “Iram” yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya,(sesuai dengan penduduknya)_ surah Al-Fajr 89:7
      
Kewujudan Bandar Iram tidak diketahui oleh sejrawan dunia sehingga tahun 1973. Bandar yang pupus ini terletak bersebelahan Bandar purba Ebla yang dimana penemuan papan batu di Ebla menjadi bukti bahawa penduduknya pernah mengadakan urusan perniagaan dengan penduduk Bandar Iram. Perjelasan lanjut perkara ini diperoleh daripada majalah “National Geographic December 1978”. Kewujudan Bandar Iram hanya disebut dalam Al-Quran. Begitu asing Bandar Iram sehingga beberapa Ilmuan Tafsit menganggap penyebutan Bandar Ira ini menerusi Al-Quran hanya suatu kiasan atau merujuk kepada seorang lelaki yang tinggi bukan sebuah Bandar.

Geografi:
Menerusi karyanya “Earth” oleh professor Emeritus Frank Press menyatakan bahawa gunung ganang bukan sahaja terletak tinggi dari pemukaan bumi malah mempunyai akar di bawahnya. Oleh itu, gunung ganang dibentuk laksana ‘pasak’ perkara ini menyamai kenyataan Al-Quran terhadap gunung-ganang. Ini dibuktikan melalui Al-Quran:
       
Bukankah kami dah menjadikan bumi terbentang luas sebagai hamparan? Dan gunung ganang sebagai pancang-pasaknya?

Akar gunung ganag yang terletak jauh dibawah tanah manpu mencengkamke dalam bumi dengan kedalaman sebagaimana ketinggian di atas permukaan atas. Berasaskan ini maka perkataan yang sesuai bagi menyatakan keadaan gunung ganang hanyalah ‘pasak’ yang membawa meksud sesuai yang tersembunyi di bawah tanah. Bagaimana pengarang Al-Quran memiliki maklumat yang begitu terperinci  sedangkan teori ini ditemui pada penjuhung abad ke-19?

                                                              
                                                            Allah Maha Besar


                                                               Allah The Al-Mighty

No comments:

Post a Comment