Thursday, March 3, 2011

Kenyataan Sains Dalam Al-Quran Bahagian 2

                     Alam yang Berkembang
       Menerusi kajian yang dijalankan terhadap galaktik, para saintis menetapkan bahawa ala mini mengalami perkembangan. Dalam konteks ini Al-Quran menegaskan:
               
       Dan langit itu kami dirikan dengan kekuasaaan kami (dalam bentu binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga. ( Surah Al-Dzaariyat)
      
Ungkapan “sama’a” bermaksud “langit” manakala “musi’un” merupakan ungkapan dari kata perbuatan “awsa’a” bermaksud “meluaskan dan mengembangkan”. Di mana teks sains ini diterangkan dengan jelas menerusi Stephen Hawkin’s, A Brief of Time.


        Keseluruhan Langit Suatu Ketika Dahulu Merupakan Asap
     
       Al-Qur’an menyatakan bahawa kejadian langit bermula dari asap. Ia menerusi ayat yang bermaksud:
           
Kemudian Ia menunjukkan kehendak kearah (bahan-bahan) sedangkan langit itu masih berupa asap(al-dukhan) : (Surah Fussilat 41)
       
            Kajian sains kini bersepakat bahawa kejadian langit adalah sebagaimana yang dinyatakan Al-Quran. Istilah ‘asap’ di atas sesuai sebagai penerangan terhadap komposisi ‘gas panas’ yang wujud sebelum berlaku perkembangan kejadian langit. Para astronomi turut menyatakan pembentukan bintang mesih berlaku kesan daripada kewujudan asap/gas tersebut.

          Berapa ramai tokoh saintis moden yang dibantu dengan peralatan canggih , satelit, teleskop, mikroscop dan komputer mengambil tenpoh yang bukan sekejap bagi memperolehi maklumat yang sedemikian. Adakah diterima akal individu yang hidup 1400 tahun dahulu serta tidak tahu membaca (al-ummi) dapat menghasilkan kitab suci yang mengadungi begitu banyak fakta sainstifak.

         Ini merupakan satu bukti yang mengesahkan bahawa Al-Quran itu kitab suci yang diturunkan oleh Allah S.A.W. 

No comments:

Post a Comment