Disini, disertakan nasihat Imam Malik untuk menjadi renungan kita bersama:
- Ilmu itu adalah agama. Oleh itu hendaklah kamu perhatikan daripada siapa kamu mempelajari ilmu itu.
- Ilmu itu cahaya. Ia tidak akan jinak kecuali hanya kepada hati yang takwa dan khusyuk.
- Apabila seseorang itu zahid (tidak tamak pada dunia) Allah akan memberi nikmat kepadanya.
- sebaik-baik perkara adalah yang jelas dan nyata. Sekiranya kamu syak antara dua perkara, maka ambillah yang lebih meyakinkan.
- Siapa mahu menjawab sesuatu masalah dia perlu bentangkan dahulu dirinya ke dalam syurga dan neraka dan berusaha bagaimana dia akan selamat di akhirat.
- perumpamaan orang munafik itu ketika berada dalam masjid seperti yang berada di dalam sangkar. Apabila pintu sangkar itu terbuka mereka berebut-rebut keluar.
- Menurut apa yang diketahui bahawa ulama akan ditanya di akhirat kelak seperit ditanya para nabi.
- Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah kebijaksanaannya.
- Orang yang menuntut ilmu agama pastinya warak, bersikap tenang dan takwa.
- Seorang alim tidak patut bercakap berkenaan ilmu kepada mereka yang layak mendengarnya dan mereka dan mereka yang menbencinya kerana dia hanya akan menjadi ilmu itu hina.
- Apabila kamu ditanya berkenaan sesuatu perkara, kamu perlu halusi dan teliti pendapat kemu dengan orang lain kerana penelitianitu menghapuskan fikiran sempit seperti hilangkan kotoran emas.
- Allah tidak kasih kepada hamba-hambaNya yang diberi nikmat melainkan hamba itu melahirkan kesan nikmat Allah itu. Lebih-lebih lagi orang yang berilmu.
- Maka sepatutnya dia memelihara maruahnya dengan pakaian yang baik bagi memuliakan ilmu.
- Siapa yang tahu percakapan menunjuk-nunjuk kadar amalannya, maka kurangkan percakapannya.
- Zahid kepada dunia adalah mencari keduniaan dan memendekkan cita-cita.
- Apabila seseorang menusia itu tidak berbuat baik kepada dirinya sendiri dia pun tidak baik di sisi manusia.
- Seseorangitu tidak menjadi baik kecuali dia meninggalkan perkara yang tidak ada kaitan dengan dirinya dan bekerja menunaikan kewajipan. Apabila dia bersikap demikian akan terbuka mata hatinya kepada Allah.
- Tidak ada kebaikan bagi sesiapa yang melihat dirinya dalan satu-satu perkara tetapi orang lain tidak melihatnya sebagai ahli dalam perkara itu.
Moga-moga nasihat ini dapat menjadi pengajaran kepada kita semua. Sekian.
~Tuntutlah Ilmu walaupun dimana kita berada~
~Terimalah segala yang baik walaupun datang dari mulut haiwan~
~Jika kamu berdebat, jangan buktikan kamu itu benar, tetapi, buktikan Al-Quran dan Hadis itu benar~
No comments:
Post a Comment