"Assalamualaikum!"
Khalifah Ali Bin Abi Talib terkejut daripada lamunannya apabila mendengar suara memberi salam. Dia menjawab salam sambil melihat siapa yang datang.
"Selamat datang wahai sahabatku Abu Ubaid," kata Khalifah Ali sambil menyambut kedatangan tetamunya.
Abu Ubaid terkejut melihat Khalifah Ali sedang berselimut dengan kain yang lusuh. Lalu bertanya," Wahai Amirul Mukminin, Tuhan menberi kita rezeki yang banyak. Baitulmal penuh dengan harta dan makanan. Sebagai khalifah tuan boleh mengambilnya. Tetapi kenapa masih kesejukan dan berselimut dengan kain lusuh?"
"Wahai sahabatku Abu Ubaid, sedikitpun saya tidak berminat hendak mengambil harta itu walaupun sedikit. Dan selimut yang saya pakai ini adalah selimut yang saya bawa semasa meninggalkan Madinah," jawab Khalifah Ali bin Abi Talib.
Kemudian dia pergi ke dapur lalu membawa sepiring makanan lalu dihidangkan kepada Abu Ubaid.
" Mana bahagian Amirul Mukminin?" tanya Abu Ubaid.
" Saya mendengar Rasullullah berkata, tidak dihalalkan seorang pemerintah mengambil harta Allah kecuali hanya dua piring. satu piring untuk dimakan bersama keluarganya dan keduua untuk ddihidangkan kepada tetamu," jawab Khalifah Ali bin Abi talib.
Avu Ubaid begitu kagum dengan sifat khalifah Ali yang zuhud dan tidak silau dengan harta. Sekiranya dia mahu, dia boleh hidup mewah dengan harta yang melimpah-ruah. Tambahan pula ketika itu tanah jajahan Islam hingga ke Rom dan Parsi.
" Wahai Ali, apakah yang menybabkan tuan lebih banyak meneima hads-hadis Rasullullah berbanding dengan sahabat yang lain?" tanya Abu Ubaid.
" Sesungguhnya Rasullullah begitu rapat dengan saya. Jika saya bertanya dia akan menerangkan kepada saya dan jika saya diam maka dia tetap juga memberitahu saya," jawa Ali.
Perbualan mereka terhenti apabila didatangi oleh seorang lelaki Yahudi. Khalifah Ali bin Abi Talib mengalu-alukan kedatangan tetamunya sambil bertanya hajat kedatangannya.
"Wahai Ali, saya hendak bertanya satu soalan yang tidak dapat dijawab oleh pendeta Yahudi apabila saya kemukankan soalan ini," kata lelaki yahudi itu.
"Sila kemukakan apakah soalannya?" tanya Khalifah Ali bin Abi Talib.
" Sejak bilakah Allah itu wujud?" spotan lelaki Yahudi itu bertanya.
dengan tenang Khalifah Ali bin Abi tali menjawab,"Allah itu tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dia wujud dengan sendirinya. Dia yang menjadikan dan tidak ada yang menjadikan-Nya. Tidak ada istilah bagaimana tentang kewujudannya. Tiada yang wujud sebelumnya. Tiada permulaan dan tiada penghujung bai kewujudannya. Terputus harapan tanpa Dia kerana Dia harapan bagi segala harapan."
"Wahai Ali, dimanakah tuhan itu berada?" tanya lelaki Yahudi itu lagi.
"Tuhan itu tidak bertempat," jawab Ali.
" Bagaimana pula begitu?" Orang Yahudi itu seperti tidak berpuas hati.
" Adakah kamu yakin di dalam diri kita ada nyawa?" tanya Ali pula.
"Saya yakin," jawab orang Yahudi itu.
" Bolehkah kamu tunjukkan di mana letaknya nyawa kita? Di kepala, di perut ataupun di mana?" tanya Khalifah Ali bin Abi Talib.
Orang Yahudi itu berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Ali dan akhirnya memeluk Islam.
Suatu hari semasa Ali memberi syarahan dalam suatu majlis ilmu, datang 10 orang lelai ang hendak menguji kehebatan ilmunya.
" Wahai Ali, benarkah Rasullullah berkata, saya adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya?" tanya salah seorang daripada lelaki itu.
"memang benar...," jawab Khalifah Ali bin Abi Talib.
Lelaki pertama bertanya, " Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara ilmu dan harta?"
" Sudah tentu ilmu itu lebih baik daripada harta," jawab Ali.
"apa Dalilnya,wahai Ali?" tanya lelaki itu lagi.
"Wahai sahabat, ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul. Harta itu warisan Qarun, Firaun, Syaddad, dan lain-lain," jawab Ali.
Lelaki kedua bertanya, " Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta?"
"Tentulah ilmu itu yang lebih baik daripada harta" jawab Khalifah Ali. Dia tidak menunjukkan rasa marah.
" Apa dalilnya?" tanya lelaki kedua itu lagi.
" Wahai saudaraku, ilmu itu menjaga kamu tetapi harta itu kamu yang menjaganya," jawab Khalifah Ali.
Lelaki ketiga pula bertanya," Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara harta dan ilmu?"
maka jawab khalifah Ali ," wahai Saudaraku, orang yang mempunyai ramai musuh. Tetapi orang yang banyak ilmu mendapat ramai kawan."
Lelaki keempat juga bertanya soalan yang sama. Jawapan Ali, "Wahai saudaraku, harta itu apabila dibelanjakan ia makin berkurang. Tetapi ilmu itu jika diamalkan akan bertambah.
Lelaki kelima juga bertanyakan soalan yang sama. Maka dijawab oleh Ali, "Wahai saudaraku, orang yang banyak harta biasanya kedekut dan tidak dihormati. Mereka yang banyak ilmu itu pemurah dan dihormati.
Lelaki keenam pula bertanya lalu jijawab oleh Khalifah Ali, " Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat. Ilmu pula akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat."
Khalifah Ali memandang ke arah lelaki yang ketujuh lalu berkata,"Harta menjadikan pemiliknya keras hati, Tetapi ilmu menjadikan pemiliknya terang hati."
Kepada lelaki kelapan Khalifah Ali berkata," Harta semakin lama disimpan ia semakin usang tetapi ilmu tidak usang dan tidak lapuk."
Kemudian Khalifah Ali terus berkata, " Pemilik harta akan berkata harta itu milik dia. Pemilik ilmu pula akan berkata ilmu itu milik Allah."
Akhirnya 10 lelaki yang hendak menduga ilmu Khalifah Ali bin Abi Talib itu beredar. Orang ramai berasa kagum kerana Khalifah Ali kerana dapat menajawab banyak jawapan dengan hanya satu soalan.
"Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza," kata Khalifah Ali bin Abi Talib.